Friday, May 22, 2009

solidworks sample drawing

jauh aku berjalan.....


jumaat, 9.00pm

suatu masa dulu....
...nasib baik pengalaman yang ku lalui sejak dibangku sekolah mampu membuatkan ku berdiri hingga ke US...dah macam kambing masuk ke kandang gajah...keseorangan mengembara ke dunia yang sangat asing bagi ku...seorang budak kampung yang cuba mencari sesuap nasi dengan mengutip pengalaman kerja di negeri orang..ha3..sekurang-kurang nye aku ada bahan cerita untuk dikongsi bersama cucu2 ku di kala tua nanti...amin..semoga tuhan tabahkan hati ku...

Monday, May 18, 2009

catia vs solidworks


isnin; 9pm

ini apa yang aku tahu. catia ialah subjek yang di ajar di universiti manakala solidworks ialah software yang digunakan di dalam kebanyakkan industri....akupun tak faham kenapa universiti beria-ria ajar catia sedangkan industri di luar memerlukan seorang yang mahir di dalam solidworks..(teringat aku projek kipas aku...macam nak mampus aku siapkan pakai catia..last2 org yang ampu lecturer dapat markah tinggi...design diaorang macam, sampah...kalau ikut pengalaman aku jadi deigner sekarang la..patutnye aku dapat markah lebih baik dari yang aku dapat tu..) apakah kurang bijak nama nye tu...hurmmm..memangla industri automotif semua nya menggunakan catia..tapi berapa ramai sangat graduan yang diterima kerja di dalam industri automotif ni..ngehx3..anda fikir sendiri..betapa bijak nye penyusun dan para pemikir subjek di universiti ni....takde hal..semua ko layan (pinjam kata2 filem bohsia..hu3) hanya melihat ruang yang sempit..padahal lebih ramai garduan akan bekerja disektor yang banyak menggunakan solidwork..dah tiga tempat kerja yang aku kerja...semua nya menggunakan solidworks...akhirnya sapa yang rugi? yang penting kita layan...........

siapa aku?


boleh mengenali ku di:

friendster
facebook

search for: is_wira81@yahoo.com

perjalanan karier ku


isnin; 4 petang

aku memulakan langkah yang tidak seiring di dalam mengenali siapa aku di dunia ini. cita2 ku sewaktu kecil dan apa yang aku gapai kini sangat berbeza.bermula nya persekolahan hingga la masuk alam pekerjaan, bermacam2 benda yang perlu ku tempuhi. di sekolah, aku memang tidak langsung meminati lukisan. menyampah...kerana aku bukan anak seni...tah macam mana aku boleh terjebak masuk ke dalam duni senireka bentuk ini pun aku masih tak faham....
Bermulanya karierku bersama PFT sdn.bhd di Damansara. dahla aku tak faham sangat ngan bahasa mat saleh ni..tetiba aku pergi interview, dah ada 2 org mat saleh yang tgh tunggu nak interview aku...aku menggunakan mulut sampai herot berot nak pastikan mereka faham apa yang aku cakap..tak cukup ngan mulut, tangan pun masuk sekali bagi backup..hu3..nasib baik mereka kata aku seorang yang berani mati, orang lain yang mereka interview, tak sampai 10 minute dah chow sebab takut tengok ramai sangat mat saleh...hu3...kira rezeki aku la nih...minggu pertama aku memang enjoy sakan, sebabnya semua mat saleh nih pergi singapura..hu3...baru hari kedua kau kerja, mereka dah takde!!! enjoy katak aku....tapi ...banyak gile drawing yang mereka tinggalkan....hushhhh!!! dahla aku takde experience keje nih...nasib baik orang kata di mana ada kemahuan, di situ ada jalan...wahaahahha...apa lagi..kelam kabut la aku buka internet belajar sikit2 dari situ....CATIA..softaware yang agak jarang juga la yang aku gunakan sewaktu di universiti dulu...okla penat dah tulis...sambung nanti...ni aku share picture aku kat us....hurmmmm...daripada budak kampung yang tak tau bahasa inggeris boleh duduk kat amerika???? hu3....nanti aku cerita....adios...